KERAJAAN Pakatan Rakyat Selangor akan terus memelihara dan melindungi hak-hak warisan rakyat yang sudah tinggal di Semenanjung sejak berabad lama.
Menurut Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim pendirian kerajaan Selangor adalah sangat konsisten dan telah terbukti dengan penubuhan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS).
“Saya mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana menubuhkan Badan Bertindak ini supaya dapat bekerjasama dengan Badan Bertindak Tanah dalam usaha menyelesaikan isu-isu tertunggak yang melibatkan rasa tidak puas hati berhubung dengan tanah milikan Orang Asli,” katanya dalam ucapan perasmianya hari ini.
BBTOAS antara lain berperanan untuk menjaga hak-hak orang asli antaranya tanah dan warisan etnik itu.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menurut Khalid telah memberikan perakuan dan mengembalikan hak-hak mereka bagi mengiktiraf kedudukan dan hak asasi sebagai kumpulan orang yang menjadi warganegara.
Contohnya 22 April lepas yang mana kerajaan negeri telah menarik balik rayuan terhadap kes Sagong Tasi di Mahkamah Persekutuan.
“Dengan penarikan kes tersebut bereti kita bersetuju dengan keputusan mahkamah supaya masyarakat Orang Asli dibayar wang sagu hati yang berpatutan menurut Akta Pemilikan Tanah. Ia juga bermakna, kita menghargai kedudukan masyarakat Orang Asli,” kaanya lagi.
Jelas Khalid lagi BBTOAS merupakan titik tolak untuk melaksanakan tugas yang lebih bessar iaitu bagi memastikan tanah Orang Asli diwartakan.
Selain itu, BBTOAS juga akan memastikan hak milik tanah dikeluarkan kepada masyarakat Orang Asli ddan langkah seterunya mengadakan perbincangan antara Orang Asli dengan Kerajaan Negeri berhubung memenuhi keperluan mereka dalam jangka panjang.
“Kerajaan Negeri berjanji untuk memastikan aspek-aspek kebudayaan, tradisi, nilai, adat resam dan kepercayaan masyarakat Orang Asli dibiarkan kekal terpelihara sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat lain walaupun projek pembangunan berancang giat dilakukan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.
SHAH ALAM: The State Executive Councilors’ Meeting today decided to withdraw the State Government’s appeal to the Federal Court with respect to the Sagong Tasi case involving the acquisition of 38.477 acres of the Temuan tribe’s customary lands at Bukit Tampoi, Dengkil in 1995.
Accordingly, the State Legal Advisor will inform the Federal Court tomorrow of the State Government’s intention to withdraw from the case.
The State has also taken into account the concerns raised in the Court of Appeal judgment in respect of the gazette of Orang Asli land and has formed an Orang Asli Land Taskforce – which will be launched on May 4, 2009 - to address land-related issues.
The Pakatan Rakyat Government in Selangor hopes that the decision will foster a stronger working relationship needed to address all the problems of the Orang Asli who have been marginalized from mainstream development. The State Government believes in protecting the rights of indigenous peoples and will continue to treat the Orang Asli community with the respect they deserve and that should have been accorded to them from the very beginning.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
SELANGOR MENTERI BESAR
BERA [11.55 am] - Alah bisa tegal biasa. Begitu juga perumpamaan bagi menggambarkan kehidupan masyarakat Orang Asli Kampung Chuat dekat sini. Bagi mereka aroma yang mengundang rasa mual bagi sesetengah orang tidak pula berlaku terhadap mereka. Itulah suasana yang biasa dapat dilihat di pusat pelupusan sampah milik Majlis Daerah Bera di kawasan seluas 60 ekar. Di situlah sumber pendapatan sampingan bagi segelintir masyarakat Orang Asli. Ketika ditemui mereka berkata, tempat pelupusan sampah di lokasi berkenaan dikunjungi setiap dua hari sekali bagi mencari sesuatu barang yang masih dianggap berharga. "Walaupun kotor, bau busuk kami sudah masak dengan keadaan ini. Kami tak kisah. "Janji kami boleh cari pendapatan untuk hidup, itu saja," katanya yang sudah beberapa tahun mencari rezeki di tempat pelupusan sampah. Rakannya yang juga yang enggan dikenali berkata, pendapatan hasil mengumpul barangan di tempat tersebut tidak seberapa, namun sudah memadai sebagai punca pendapatan sampingan. "Tak menentu pendapatan. Bergantung pada banyak barang yang dapat. Kalau banyak, adalah sikit tambahan pendapatan. "Adakalanya RM15. Kadang-kadang dapat juga RM30 sehari. Dapatlah menampung pendapatan sedia ada," katanya. Sumber rezeki hariannya menangkap ikan di sungai. Mereka mengutip apa sahaja barang yang dikira masih boleh dipakai sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual. Antaranya pakaian, barangan elektrik, tupperware, besi dan tembaga. "Kalau besi, tembaga kita jual. Dapat duit boleh buat belanja," katanya. Mereka juga memberitahu menjelang musim perayaan biasanya banyak barang yang dibuang tetapi masih boleh diguna semula.
[Mana pergi Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob?. Ketika kempen pilihanraya umum ke-12 yang lalu nampaknya bukan main lagi mereka melayan orang asli di Bera ini bagi memancing undi. jangankan duit diberi secara tunai, malahan arak turut disajikan dengan bantuan Radio Asyik FM berkampung selama 3 hari 3 malam di hutan Bera untuk "bersewang". Akhirnya majoriti orang Asli memangkahlah UMNO dan Barisan Nasional. Macam-macam yang dijanjikan oleh puak-puak UMNO bagi membangunkan serta membela nasib orang asli ini. Namun, akhirnya mereka terus merempat dan menderita seperti biasa. Janji hanya tinggal janji. Segalanya kini menjadi bukti betapa rakusnya puak-puak UMNO mempergunakan orang asli untuk berkuasa. Di Pahang, kekuatan BN sebenarnya bergantung kepada orang asli dan juga peneroka Felda. Jika tidak, sudah pasti mereka juga telah dihumbankan dalam pilihanraya lalu].