Monday, May 4, 2009

Pakatan Rakyat konsisten lindungi hak orang asl

KERAJAAN Pakatan Rakyat Selangor akan terus memelihara dan melindungi hak-hak warisan rakyat yang sudah tinggal di Semenanjung sejak berabad lama.

Menurut Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim pendirian kerajaan Selangor adalah sangat konsisten dan telah terbukti dengan penubuhan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS).

“Saya mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana menubuhkan Badan Bertindak ini supaya dapat bekerjasama dengan Badan Bertindak Tanah dalam usaha menyelesaikan isu-isu tertunggak yang melibatkan rasa tidak puas hati berhubung dengan tanah milikan Orang Asli,” katanya dalam ucapan perasmianya hari ini.

BBTOAS antara lain berperanan untuk menjaga hak-hak orang asli antaranya tanah dan warisan etnik itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menurut Khalid telah memberikan perakuan dan mengembalikan hak-hak mereka bagi mengiktiraf kedudukan dan hak asasi sebagai kumpulan orang yang menjadi warganegara.

Contohnya 22 April lepas yang mana kerajaan negeri telah menarik balik rayuan terhadap kes Sagong Tasi di Mahkamah Persekutuan.

“Dengan penarikan kes tersebut bereti kita bersetuju dengan keputusan mahkamah supaya masyarakat Orang Asli dibayar wang sagu hati yang berpatutan menurut Akta Pemilikan Tanah. Ia juga bermakna, kita menghargai kedudukan masyarakat Orang Asli,” kaanya lagi.

Jelas Khalid lagi BBTOAS merupakan titik tolak untuk melaksanakan tugas yang lebih bessar iaitu bagi memastikan tanah Orang Asli diwartakan.

Selain itu, BBTOAS juga akan memastikan hak milik tanah dikeluarkan kepada masyarakat Orang Asli ddan langkah seterunya mengadakan perbincangan antara Orang Asli dengan Kerajaan Negeri berhubung memenuhi keperluan mereka dalam jangka panjang.

“Kerajaan Negeri berjanji untuk memastikan aspek-aspek kebudayaan, tradisi, nilai, adat resam dan kepercayaan masyarakat Orang Asli dibiarkan kekal terpelihara sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat lain walaupun projek pembangunan berancang giat dilakukan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.

2 comments:

Anonymous said...

tuan-tuan sekelian... berjanji adalah cagaran pemimpin kepada rakyat miskin untuk mereka mendapatkan sesuatu untuk kepentingan mereka... sabda rasullullah SAW tuhan menjanjika syurga kepada sesiapa yang perintahnya, TETAPI hendaklah menunaikan segala suruhanNya, itupun dipertimbangkan sekiranya segala perintahnya dengan betul tanpa berbelah bagi SUCI...Itupun belum tentu dapat melihat syurga spt yg di warwarkan... INIKAN pula janji yang dibuat oleh pemimpin dikatakan pemimpin pembangkang.. sedangkan pemimpin yang dikatakan Bersih Cekap dan Amanah pun sanggup menipu.... Kalau PR nak bagi tanah kepada orang asli dia minta senarai ketua keluarga Orang Asli lepas itu bagi geran tanah hak milik kekal sodap dijual.. baru lah boleh becakap PR menjaga hak orang asli... cakap saja nak jaga dan melindungi hak orang asli bukan susah pun...Kalau macam itu di buat oleh PR... pilihan raya ke 13 PR sapu bersih.. baru boleh jadi PM.... sedangkan sesama melayu di tipu oleh umno,pas,pkr dsbnya....

Anonymous said...

ma-e-gah....
sebenarnya apa yang dinyatakan hanyalah untuk menyedapkan telinga yang mendengarinya sahaja ianya tidaklah 100% akan dilaksanakan...apa yang hendak dinyatakan sebenarnya adalah untuk meraih sokongan, perhatian dan kasihan daripada orang yang sebangsa dengan kita..tidak kira sesiapapun yang memerintah...baik kerajaan sekarang mahupun yang dikatakan bakal memerintah....kita ini cuma digunakan sahaja....berjanji oleh sesiapa pun memanglah kenyataan atau percakapan yang diucapkan itu manis... tetapi jika kita tidak berhati-hati kelak yang rugi hanyalah kita sendiri...ingat janganlah kita mudah untuk percaya sebulat-bulatnya..selidik dahulu....baru buat keputusan...bangsa kitakan dah maju...kes di P Pinang tu kita jadikan sebagai pengajaran..buat kita...abor...