Thursday, March 31, 2011
Elizabeth : Kurikulum Alternatif Untuk Anak-Anak Orang Asal
SelangorKini Online
Thursday, 31 March 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 31 Mac – Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong mencadangkan kurikulum alternatif kepada anak-anak Orang Asal diwujudkan bagi memastikan mereka tidak melupai budaya demi kelangsungan adat resam sejak sekian lama terus terpelihara di masa depan.
Menurut Elizabeth dalam sidang DUN , ia merupakan permintaan dari Ketua Masyarakat Orang Asal sendiri yang mahukan anak mereka mempunyai minat untuk ke sekolah.
Namun beliau menafikan ia bakal menggantikan pendidikan formal persekolahan sebaliknya menambah minat pelajar di kalangan masyarakat Orang Asal.
“Bukan ganti pendidikan formal tapi kurikulum alternatif ajar budaya mereka. Ini permintaan dari Batin sendiri kata anak-anak tak berminat sekolah. tapi tak nak belajar budaya . Kenapa mereka diberi penekanan yang berbeza?
Tak ada masalah. Ini bukan ganti sekolah tapi keluarkan kurikulum khas kepada anak-anak orang asli,” kata beliau menjawab pertanyaan ADUN Dusun Tua Ismail Sani.
Kerajaan Selangor telah memperjuangkan isu tanah pusaka Orang Asal merupakan isu pokok kepada masyarakat yang sekian lama diketepikan oleh pentadbiran kerajaan negeri yang lalu.
Sejak tahun 2009, kerajaan negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asal dan justeru itu, pada tahun ini kerajaan negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asal yang berhak.
Elizabeth yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) kemudian membidas tuduhan Ismail yang menyatakan hal pendidikan itu bukan isu Kerajaan Negeri.
“Mengapa kerajaan Selangor mengambil perkara tersebut? Nak turap jalan, bantu semua ini tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Orang Asal dan Kementerian( Pembangunan Luar Bandar)…Secara ringkas kerana kerajaan sebelum ini tak buat dan kerajaan persekutuan tak buat,” katanya.
Elizabeth turut menyatakan hak tanah adat Orang Asal hanya benar-benar terbela sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri tiga tahun lalu.
“Kes tanah, Kerajaan negeri Selangor semasa di bawah BN ambil tanah kerana enggan iktiraf tanah adat dan tak bayar pampasan. Pakatan Rakyat perintah apabila masuk bulan April…buat kali pertama kerajaan negeri Selangor mengiktiraf tanah Orang Asal,” tegas Elizabeth lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)