Thursday, October 1, 2009

Jalan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Beginilah keadaan jalan Jalan Felda Triang 1 & 2, Felda Tembangau dan ke Pos Iskandar yang mana jalan ini boleh menghubungkan Kerayong dan Jalan Keratong Kuantan. Beginilah keadaanya yang sudah sekian lama tidak dibaiki dan diturap semula lebih dari 10 tahun. . Ramai yang pergi ke hospital/pusat kesihatan Negeri Sembilan untuk bersalin memandangkan jalan ke arah Bera dan Temerloh amat teruk. Maka lahirlah anak N9 tapi orang Pahang. Menafikan hak mereka seperti untuk mendapat Biasiswa Pahang. Mana janji MP Bera? Pahang yang diperintah oleh BN sudah sekian lama. Macamana agaknya kalau ada pesakit, ambulan susah nak ambil dan hantar ke hospital. Menafikan penduduk FELDA dengan tiada kemudaha asas yg baik. Mana hilangnya slogan Rakyat didahulaukan pencapaian diutamakan?

Saturday, September 5, 2009

Perbicaraan Kes Tanah Di Bukit Rok dan Ibam

Kawasan yang diberikan kepada orang yang datang dari Puchong Selangor. Hairan!! tapi BENAR.............. Kes percerobohan tanah Orang Asli di Bera oleh pihak kerajaan dan FELCRA telah menyebabkan kesusahan kepada pemduduk Kg Bukit Rok dan Ibam. Tanah mereka telah diluluskan oleh kerajaan negeri Pahang kepada FELCRA untuk dimajukan. Para peserta yang memperolehi tanah dikawasan tersebut bukan dikalangan penduduk tetap disitu atau lebih mudah lagi ianya bukan dikalangan Orang Asli. Kes tersebut akan didengar pada 6hb Oktober 2009 jam 9 pagi di Mahkamah Temerloh. Enam orang plantif dari kedua-dua kampung telah menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Kerajaan Malaysia, Ketua Pengarah JHEOA dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang

Saturday, June 13, 2009

Batin Kg Pangsun Hulu Langat

Aku bangga jadi orang asli yang masih mengamalkan sistem demokrasi untuk memilih Batin. Ini berbeza dengan kg jiran aku dimana jawatan Penghulu atau Ketua Kampung dipilih oleh orang tertentu.

Monday, May 4, 2009

Pakatan Rakyat konsisten lindungi hak orang asl

KERAJAAN Pakatan Rakyat Selangor akan terus memelihara dan melindungi hak-hak warisan rakyat yang sudah tinggal di Semenanjung sejak berabad lama.

Menurut Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim pendirian kerajaan Selangor adalah sangat konsisten dan telah terbukti dengan penubuhan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS).

“Saya mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana menubuhkan Badan Bertindak ini supaya dapat bekerjasama dengan Badan Bertindak Tanah dalam usaha menyelesaikan isu-isu tertunggak yang melibatkan rasa tidak puas hati berhubung dengan tanah milikan Orang Asli,” katanya dalam ucapan perasmianya hari ini.

BBTOAS antara lain berperanan untuk menjaga hak-hak orang asli antaranya tanah dan warisan etnik itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menurut Khalid telah memberikan perakuan dan mengembalikan hak-hak mereka bagi mengiktiraf kedudukan dan hak asasi sebagai kumpulan orang yang menjadi warganegara.

Contohnya 22 April lepas yang mana kerajaan negeri telah menarik balik rayuan terhadap kes Sagong Tasi di Mahkamah Persekutuan.

“Dengan penarikan kes tersebut bereti kita bersetuju dengan keputusan mahkamah supaya masyarakat Orang Asli dibayar wang sagu hati yang berpatutan menurut Akta Pemilikan Tanah. Ia juga bermakna, kita menghargai kedudukan masyarakat Orang Asli,” kaanya lagi.

Jelas Khalid lagi BBTOAS merupakan titik tolak untuk melaksanakan tugas yang lebih bessar iaitu bagi memastikan tanah Orang Asli diwartakan.

Selain itu, BBTOAS juga akan memastikan hak milik tanah dikeluarkan kepada masyarakat Orang Asli ddan langkah seterunya mengadakan perbincangan antara Orang Asli dengan Kerajaan Negeri berhubung memenuhi keperluan mereka dalam jangka panjang.

“Kerajaan Negeri berjanji untuk memastikan aspek-aspek kebudayaan, tradisi, nilai, adat resam dan kepercayaan masyarakat Orang Asli dibiarkan kekal terpelihara sebagaimana yang dinikmati oleh masyarakat lain walaupun projek pembangunan berancang giat dilakukan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.

Wednesday, April 29, 2009

Tanah Temuan di Kg Sebir N. Sembilan

http://www.malaysiakini.tv/video/16987.html

Wednesday, April 22, 2009

SELANGOR GOVERNMENT ENDS LAND ACQUISITION DISPUTE WITH TEMUAN TRIBE IN SAGONG TASI CASE

SHAH ALAM: The State Executive Councilors’ Meeting today decided to withdraw the State Government’s appeal to the Federal Court with respect to the Sagong Tasi case involving the acquisition of 38.477 acres of the Temuan tribe’s customary lands at Bukit Tampoi, Dengkil in 1995.

Accordingly, the State Legal Advisor will inform the Federal Court tomorrow of the State Government’s intention to withdraw from the case.

The State has also taken into account the concerns raised in the Court of Appeal judgment in respect of the gazette of Orang Asli land and has formed an Orang Asli Land Taskforce – which will be launched on May 4, 2009 - to address land-related issues.

The Pakatan Rakyat Government in Selangor hopes that the decision will foster a stronger working relationship needed to address all the problems of the Orang Asli who have been marginalized from mainstream development. The State Government believes in protecting the rights of indigenous peoples and will continue to treat the Orang Asli community with the respect they deserve and that should have been accorded to them from the very beginning.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

SELANGOR MENTERI BESAR