Thursday, March 18, 2010
Orang Asli berarak untuk KEADILAN hak mereka
http://www.malaysiakini.tv/video/18742/cops-halt-orang-asli-advance-on-putrajaya.html
Saya amat kagum dengan keberanian dan kebijaksaan Orang Asli pada masa sekarang. Dahulu kala kita diperlekeh dan diperkotak-katik, diam dan takut untuk bersuara. TAHNIAH kepada seluruh Orang Asli dan terutama sekali kepada Tijah yang amat konsisten didalam penyerahan memo ini. Tidak lupa juga kepada POASM yang turut serta sebagai penganjur bersama.
Kita menuntut hak dan tanah disamping memberitahu kepada kerajaan apa yang Orang Asli mahu. Dimana ia memudahkan kerja KERA JAAN untuk membantu Orang Asli. Maka duit kerajaan dan duit rakyat tidak perlu digunakan untuk membuat kajian bagaimana untuk mempertingkatkan ekonomi dan kebajikan Orang Asli. Saya sedih juga, nak jumpa PM pun bukan main susah. Terpaksa serah memo kepada orang lain untuk diserahkan kepada PM. Mungkin lain kali Orang Asli perlu beritahu nak jumpa pasal nak mohon biasiswa untuk melanjutkan belajar.
Menteri yang tidak menghormati Orang Asli yang mengatakan kami datang untuk melawat Putrajaya sempena cuti sekolah. Kenapa kamu tak serius? Ini bukan main-main. Ini tuntutan rakyat Malaysia yang bergelar ORANG ASLI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment