Thursday, March 31, 2011

Elizabeth : Kurikulum Alternatif Untuk Anak-Anak Orang Asal

SelangorKini Online Thursday, 31 March 2011 | Ruangan: Berita SHAH ALAM 31 Mac – Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong mencadangkan kurikulum alternatif kepada anak-anak Orang Asal diwujudkan bagi memastikan mereka tidak melupai budaya demi kelangsungan adat resam sejak sekian lama terus terpelihara di masa depan. Menurut Elizabeth dalam sidang DUN , ia merupakan permintaan dari Ketua Masyarakat Orang Asal sendiri yang mahukan anak mereka mempunyai minat untuk ke sekolah. Namun beliau menafikan ia bakal menggantikan pendidikan formal persekolahan sebaliknya menambah minat pelajar di kalangan masyarakat Orang Asal. “Bukan ganti pendidikan formal tapi kurikulum alternatif ajar budaya mereka. Ini permintaan dari Batin sendiri kata anak-anak tak berminat sekolah. tapi tak nak belajar budaya . Kenapa mereka diberi penekanan yang berbeza? Tak ada masalah. Ini bukan ganti sekolah tapi keluarkan kurikulum khas kepada anak-anak orang asli,” kata beliau menjawab pertanyaan ADUN Dusun Tua Ismail Sani. Kerajaan Selangor telah memperjuangkan isu tanah pusaka Orang Asal merupakan isu pokok kepada masyarakat yang sekian lama diketepikan oleh pentadbiran kerajaan negeri yang lalu. Sejak tahun 2009, kerajaan negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asal dan justeru itu, pada tahun ini kerajaan negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asal yang berhak. Elizabeth yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) kemudian membidas tuduhan Ismail yang menyatakan hal pendidikan itu bukan isu Kerajaan Negeri. “Mengapa kerajaan Selangor mengambil perkara tersebut? Nak turap jalan, bantu semua ini tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Orang Asal dan Kementerian( Pembangunan Luar Bandar)…Secara ringkas kerana kerajaan sebelum ini tak buat dan kerajaan persekutuan tak buat,” katanya. Elizabeth turut menyatakan hak tanah adat Orang Asal hanya benar-benar terbela sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri tiga tahun lalu. “Kes tanah, Kerajaan negeri Selangor semasa di bawah BN ambil tanah kerana enggan iktiraf tanah adat dan tak bayar pampasan. Pakatan Rakyat perintah apabila masuk bulan April…buat kali pertama kerajaan negeri Selangor mengiktiraf tanah Orang Asal,” tegas Elizabeth lagi.

Friday, February 18, 2011

Orang asli bemoan land exploitation

Friday February 18, 2011 The Star online GUA MUSANG: Orang asli settlers in Pos Balar claimed they lost their source of income when a firm cleared their 100ha rubber plantation to develop a project called ‘Ladang Rakyat’. They said the Kelantan PAS government appointed the company to develop the land. Sugi Alang, 26, said most of the area had been used for agriculture by the orang asli for the past 20 years. In need of assistance: Nik Aziz (left) receiving a memorandum pertaining to the ruins caused by the ‘Ladang Rakyat’ project from an Orang Asli Community representative in Kota Baru, Kelantan on Monday. — Bernama “We planted rubber and other crops, but the company has now cut down the rubber trees,” he said. He added that the state government should have resolved the land issue with the orang asli first, instead of giving priority to a foreign company. Another settler, Samri Talib, 30, said a water catchment area on a hill in the premises had been damaged when the forest was cleared for the estate. “We are concerned over this,” he said. Galas state assemblyman Abdul Aziz Yusoff said he had received similar complaints from the other orang asli in the Lojing, Pos Brooke, Bihai, Pulat, Pasik and Kuala Betis areas. He promised to bring up the issue at the Umno divisional meeting so that Tengku Razaleigh Hamzah, as the division head, could take action. Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said the land had been acquired because there was no clearly-defined boundary. “The state government approved the application from the company concerned because it was under the impression that no one owned the land,” he said. Nik Aziz said the Kelantan government would set up a committee to investigate any problems that might arise. Ladang Rakyat chief executive officer Dr Nazmi Ghazali Azmi reiterated by saying that the project in Gua Musang did not involve the orang asli settlement

Monday, October 25, 2010

Perlembagaan tidak jamin hak Orang Asal Semenanjung

Dari Harakah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menegaskan, kedudukan Orang Asal di Semenanjung Malaysia tidak akan terjamin pada masa akan datang sekiranya hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Azmin ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, tiada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kepentingan Orang Asal di Semenanjung walhal mereka merupakan kaum pribumi yang telah lama menetap di negara ini. Menurutnya, Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. “Perdebatan yang berlaku pada hari ini ialah pengiktirafan Orang Asli sebagai Bumiputera berdasarkan takrifan Orang Asli yang termaktub dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan juga keperluan memaktubkan secara jelas kedudukan istimewa Orang Asli sebagai Bumiputera dalam artikel 153,” kata beliau yang juga Naib Presiden PKR. Sehubungan itu, Azmin meminta kerajaan menyatakan pendirian sama ada bersedia untuk memasukkan hak Orang Asli di Semenanjung ke dalam Perlembagaan. “Adakah kerajaan bersedia untuk mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli dan sekiranya tidak apakah alasan yang akan diberikan oleh kementerian? “Kalau orang Turki yang duduk di Sembrong boleh dijamin oleh Perlembagaan dan diterima oleh Umno sebagai pemimpin tertinggi, kalau orang Jawa di Bagan Datuk boleh dijamin oleh Perlembagaan, kalau orang lanun di Semporna boleh termaktub dalam Perlembagaan, mengapa Orang Asli ini tidak dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan?” soalnya disambut gelak tawa beberapa ahli Parlimen. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan agung Umno minggu lepas ada menyebut tiga bangsa itu dengan merujuk kepada tiga naib presiden iaitu Datuk Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang mempunyai darah bangsa tersebut. Pada 19 Oktober lalu, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar mengenai pengiktirafan kedudukan peribumi Orang Asli sebagai Bumiputera yang dibawa oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) dalam jawapannya bagaimanapun mendakwa Azmin cuba mempolitikkan isu tersebut. Sebelum itu, Azmin dalam soalan asalnya meminta menteri menyatakan jumlah peruntukan bajet yang disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sepanjang dua tahun lalu. Beliau juga meminta menteri menyenaraikan kesemua program yang telah dijalankan oleh JHEOA berserta pecahan bajet yang digunakan sepanjang dua tahun lepas.

Tuesday, October 12, 2010

Pekan Orang Asli: Najib sold us out

Sunday, 10 October 2010 10:32 Philip Ho E-mail Print PDF Kuala Lumpur, Oct 9 - Tok Batin Mohamad Udin Pakpek of Kampung Permatang Keledang in Pekan, Pahang has questioned Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's inaction against FELDA and FELCRA's constant encroachment into Orang Asli ancestral land in Pekan. OrangAsli101010a "It is his hometown. He is the Prime Minister now. He is also the Member of Parliament (MP) for Pekan. Why didn't he protect us?" Mohamad Udin said during the Impact of Orang Asli Land Policies public forum, conducted by Bar Council of Malaysia earlier yesterday evening. The Bar Council had organized a public forum regarding the impact of the proposed amendments to the current Aboriginal Peoples Act 1954 by Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA) which gives the federal government absolute rights in land ownership and land usage. "They (FELDA and FELCRA) quietly shifted the border of our land several times, claiming that the land belonged to the Malay reserve. "I was an ex-officer at JHEOA before they sacked me in 1983 for protecting the rights of Orang Asli. They are supposed to help the Orang Asli but all they have done is destroy the Orang Asli's livelihood. When I opposed them, they sacked me. "Ever since I joined the Network of Orang Asli Villages (NOAV) and worked closely with Tijah, I have received several warnings from certain parties to stop doing that. I already have one foot in the grave, so I'm not afraid of their threats. I will continue to fight for our rights," said a defiant Mohamad Udin. Mohamad Udin is one of some twenty Tok Batins (village heads) present today at the forum with about 192 Orang Asli from 7 different states - Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan and Johor who also turned up to make their voices heard. Tok Batin Perat Dolah from Kampung Banting, Kuala Langat, Selangor also slammed JHEOA for disregarding the prime minister's directive and their own mandate to protect the Orang Asli. "PM asked them to protect us but they have oppressed us instead. They are not even here. What are their priorities," said Perat adding that JHEOA had totally snubbed the public forum. Klik4Malaysia (K4M) had earlier reported that an Orang Asli by the name of Panjang Tangkak had been arrested four times by the authorities for allegedly selling state-owned palm-oil produce. Panjang, who is from Kampung Mikang, located in Rompin, Pahang, told K4M that the government suddenly came and took away all 12 acres of his land without informing him or giving him any form of compensation. Sokyen from NOAV who hails from Gombak also chided certain Tok Batin who feared the JHEOA and authorities while urging the Orang Asli in Selangor to unite. "You have fought tigers and elephants to protect your people and your land. Why are you afraid of them (JHEOA)? The tigers can swallow you whole and yet you fight it but why do you cower in front of the authorities?" he asked. Sokyen also formally requested assistance from the Selangor government to allocate 10 acres of land for the Orang Asli to use as the Peninsular's central meeting point. "Selangor is situated somewhere in the middle so I think that this is the best place for all the 18 tribes to gather for meetings and discussions or even hold an event," he explained. ElizabethWong101010Selangor state representative Elizabeth Wong (pic left), who is also the state's Tourism, Consumer Affairs and Environment Committee Chairperson said that she would definitely take up the Orang Asli request in the upcoming EXCO meeting. She then told the Orang Asli that the Selangor state government would do whatever possible to protect over 15,000 Orang Asli who are currently residing in the state. "After two and a half years in power, we have yet to give away any land belonging to the Orang Asli to private corporations and developers. The existing cases that we are working on are due to the former government's (Barisan Nasional) actions," said Wong. Wong then explained that due to the former state government's aggressiveness in giving out land to private corporations and developers, up to 70% of the land in Selangor was now owned by the private sector. She reiterated that the Pakatan Rakyat-led state government's stand was protecting the seventy Orang Asli villages in the state, together with their customary land. Wong also asked the Orang Asli to be patient as the state government was facing various hurdles as both JHEOA and also the National Land Council have refused to assist the state government in gazetting the Orang Asli customary land. "We are now drawing our own map with a handheld GPS and have almost completed mapping out the Sepang area. We have also set a target to complete gazetting 30% of the customary land in Selangor by end of the year," she added.ColinNicholas101010 Dr Colin Nicholas (pic right), a Coordinator from the Centre for Orang Asli Concerns (COAC) urged the Orang Asli to be more aware of their predicament. "They are taking away all your lands and then giving you back a small piece of it. On top of that, they want to control what you do with that small piece of land that was 'given' to you. It doesn't have to be this way. Look at the Adong Kuwau case and the Sagong Tasi case. The government had to pay compensation. You have your rights. This is why they want to amend the Act, to take away all your rights," Dr Colin explained. He then reminded Orang Asli that although they can challenge the federal government in court, or lobby and protest the proposed amendments or even draft a new law that will protect their rights, the best option for the Orang Asli was to protect themselves by changing the federal government. Meanwhile, Bar Council Committee Member on Orang Asli Rights, Augustine Anthony, condemned the original Act, calling it unconstitutional while labeling the proposed amendments an even greater violation of the Orang Asli rights. AugustineAnthony101010"There are 19 sections in the Act. If they are amending all of it, they might as well throw it into the dustbin," he said while questioning the logic behind the full revamp. He then highlighted several clauses where the Rural and Regional Development Minister holds absolute power in determining the identity of an Orang Asli and also the appointment of the Tok Batin. "Since when do we need a Minister to tell us who we are? The Orang Asli knows who they are so why should they need a Minister to prove their identity? "And since when do Ministers appoint village heads? Why can't the Orang Asli choose their own leaders?" said Augustine. "It would seem like democracy applies to all except for the Orang Asli. The Bar Council wants the federal government to repeal the Act and pass a new legislation that will really protect the interests of the Orang Asli," he said in conclusion. Augustine was one of the four panel members involved in the forum, representing the Bar Council while he was joined by Wong who represented the Selangor state government and also Dr Colin who represented COAC. Although the Bar Council had invited the minister of Rural and Regional Development Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal to represent the federal government, he was unable to attend.

Saturday, October 2, 2010

Sunday, August 1, 2010

Himpunan Orang Asal Pahang

Dimaklumkan satu Himpunan/Konvensyen Orang Asal Pahang anjuran Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang adakan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu) Tempat : Sek. agama Al Mukmin, Jalan Temerloh-Mentakab (belakang Pasaraya Cowboy) Masa : 8.30 pagi- 10 Malam Ini merupakan yang pertama diadakan bagi Zon Tengah dimana ia akan disusuli oleh Zon Barat dan Zon Timur pada peringkat seterusnya. Beberapa kertas kerja akan diadakan pada hari tersebut. Ia akan dirasmikan oleh President KEADILAN, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. DIJEMPUT SEMUA HADIR

Saturday, July 3, 2010

Akta Orang Asli dipinda tanpa perbincangan?

Salhan K Ahmad & Gavaskar Brian Raj Jul 2, 10 10:23am

Siri jelajah untuk menerangkan Dasar Pemberimilikan Tanah kepada Orang Asli telahpun berakhir dan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) dijangka akan dibentangkan pada sesi parlimen yang sedang berlangsung.

Namun, draf pindaan berkenaan setakat ini masih belum dibekalkan kepada masyarakat Orang Asli untuk dinilai, kata seorang pemimpin Persatuan Siswazah Orang Asli (PSOA), Bob Manolan. Beliau memberi contoh, satu program penerangan yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Kuantan pada 6 Mac lalu, yang dihadiri sehingga 80 orang tok batin dan anggota jawatankuasa kemajuan kampung Orang Asli di negeri itu. "Penerangan itu lebih kepada satu input yang diberikan oleh JHEOA, di mana mereka akan ceritakan kebaikannya sahaja -- kenapa mereka perlu pinda Akta Orang Asli dan kepentingannya kepada Orang Asli. "Tetapi pada akhirnya, bila batin minta satu draf cadangan itu, mereka pun tak ada. Pihak JHEOA tiada draf itu. Cuma mereka kata, 'kita akan pinda, beri tanah kepada isi rumah dua hingga enam ekar.' "

Tapi yang lain-lain tidak disebut. Tanah mana yang hendak diberi, adakah tanah yang kita duduk sekarang atau tanah yang baru. Yang saya tahu, program jelajah sudah berakhir, dan sepatutnya draf cadangan sudah siap." katanya yang juga pengerusi biro Orang Asal PKR Pahang. Menurut Bob, draf tersebut sepatutnya diserahkan kepada NGO Orang Asli untuk dikaji bagi membolehkan mereka membuat rujukan dengan majlis peguam, khususnya berkaitan pindaan Akta 134. Tambahnya, pemimpin PSOA juga sebelum ini diumumkan akan menyertai majlis rundingan dengan JHEOA untuk mendapatkan input daripada masyarakat Orang Asli dalam memperbaiki Dasar Pemberimilikan Tanah berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal selepas beliau menerima bantahan daripada sekumpulan 2,000 Orang Asli yang berdemonstrasi di Putrajaya. Ia diumumkan selepas beliau menemui anggota PSOA ketika Konvensyen Tanah dan Akta Orang Asli 2010, anjuran persatuan itu, juga pada 6 Mac lalu. Turut dijemput pada majlis rundingan berkenaan ialah NGO yang mewakili Orang Asli, termasuk Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) serta golongan cendekiawan daripada masyarakat tersebut. "Tapi saya sudah semak dengan presiden POASM, beliau juga belum lagi hadiri apa-apa perbincangan. Memang jawatankuasa itu telah ditubuhkan tapi belum dipanggil untuk buat perbincangan," kata Bob.

Kebimbangan utama yang ditimbulkan oleh masyarakat Orang Asli berhubung pindaan akta tersebut ialah keluasan tanah yang diusahakan dan didiami oleh mereka sekarang. "Dari cadangan (dasar tersebut), tanah yang telah diusahakan sekarang akan dibahagi bahagikan lagi. Ia akan dipecah kepada hanya (seluas) dua hingga enam ekar (untuk setiap ketua isi rumah). Cadangan itu bagaimanapun tidak mengambil kira kawasan tanah adat dan tanah rayau, menurut seorang anggota POASM, Yusri Ahon. Jel

as Yusri, tanah adat merupakan kawasan pertanian yang diusahakan secara nomad oleh Orang Asli, manakala kawasan tanah rayau merupakan kawasan untuk memburu dan mengutip hasil hutan. Katanya lagi, kawasan berkenaan sepatutnya kekal menjadi milik Orang Asli memandangkan mereka bukan saja telah menjalankan aktiviti mereka di situ sejak sekian lama, malah turut mengebumikan saudara-mara mereka di kawasan berkenaan. Sekiranya kawasan tanah ini tidak diambil kira, beliau menganggarkan antara 50 hingga 80 peratus kawasan Orang Asli yang akan 'hilang,' katanya lagi yang juga merupakan seorang pemimpin akar umbi PKR di Jerantut, Pahang.