Tuesday, February 9, 2010

Konvensyen Tanah & Akta Orang Asli, Akta 134

Konvensyen tersebut antara lain bertujuan untuk merungkai dan memperbetulan beberapa kepincangan yang telah dilakukan oleh UMNO yang banyak tidak menguntungkan kepada Orang Asli. Sila datang untuk memberikan sokongan anda terhadap pencabulan hak anda sebagai Orang Asal di Malaysia ini. Hidup slogan 1Malaysia bukan hanya dalam media. Konvensyen tersebut akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 5 & 6 Mac 2010 (Sabtu) Tempat : Komplek Darul Puteri, Cheras K.L Masa : 9 pagi - 6 petang (sabtu) Anjuran Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) PETA LOKASI "A"
Terrain
Satellite
Show labels
Map
500 m
1000 ft
More...

Thursday, December 10, 2009

Senator Orang Asli vs POASM?

Setiap 3 atau 6 tahun jawatan Senator Orang Asli akan diganti dengan yang baru. Maka kepada yang bercadang dan berniat untuk menjawat jawatan tersebut, bermula beberapa langkah akan diambil. Tetapi kuasa mutlak adalah Perdana Menteri dan para proksinya. Jawatan Senator telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk Orang Asli. Justeru itu, ia terpaksa diisikan oleh Kerajaan Malaysia. Sekiranya sewaktu dahulu pada masa penggubalan perlembagaan menyatakan seramai 10 orang maka dapatlah Orang Asli 10 orang senator. Saya ada bersetuju juga dengan bantahan POASM tempoh hari. Tentang tatacara pemilihan perlu diperhalusi sekiranya pihak UMNO ikhlas untuk mahu membantu Orang Asli. Selepas angkat sumpah jawatan sebagai senator oleh YB Muhd Olian Abdullah. Saya terbaca didalam 3 surat khabar bahawa jawatan tersebut mewakali UMNO dan sebahagianya dari DAP dan parti-parti lain. persoalanya sekarang mana yang Senator untuk mewakali Orang Asli? Saya tidak membantah sesiapa pun mahu jadi senator dan yang telah terpilih. Setahu saya seramai 9 orang yang memohon. Nasihat saya kepada yang gagal dalam temuduga (ada ke?) cuba lagi pada masa akan datang. Jawatan tersebut hanya cukupkan kouta sahaja dan perananya pun akan terbatas. Saya agak hairan juga, kenapa presiden POASM tiba-tiba muncul dikala ini? Itu satu perubahan yang amat baik dalam memperjuangkan nasib Orang Asli. Saya sejak dulu lagi berpandangan supaya Orang Asli perlu muncul dihadapan bukan dibelakang. Bantahan kerana tidak ikut lunas-lunas Perlembagaan boleh diterjemahkan oleh POASM dan presidennya terhadap Ketua Pengarah JHEOA dan Pengarah-penagarah Negeri dan kes-kes tanah Orang Asli. Ia sudah terang tanpa bersuluh, boleh dilakukan selepas ini. Persoalanya kenapa tidak pernah hantar memo kepada PM dan mempertikainya? Jelas dan terang, bukan Orang Asli? Jawatan senator itu hanya didalam Dewan Negara sahaja. Mahathir bagi kuasa 60 hari sahaja untuk hidup. Apa yang hendak dihebohkan!! Percayalah pada diri sendiri dan bangsa sendiri.

Thursday, November 5, 2009

Cadang Warta 7 Ribu Hektar Tanah Orang Asli

Ahad, 09 Ogos 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 9 Ogos - Kerajaan negeri bercadang mewartakan seluas 7 ribu hektar tanah yang diduduki oleh masyarakat orang asli di seluruh negeri ini, sebagai tanah simpanan orang asli.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, cadangan itu bagaimanapun masih di peringkat kajian.

Ketika ini, beliau berkata pihaknya sedang meneliti rekod tanah kampung yang diduduki kaum berkenaan, sebelum mengambil sebarang tindakan.

“7 ribu hektar yang minta diwartakan tidak mustahil tapi kita akan cuba yang terbaik daripada 76 kawasan orang asli di negeri ini”,katanya. Elizabeth berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia, di Laman Budaya, Shah Alam pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli di negeri ini dengan mengadakan sesi dialog bersama Badan Bertindak Tanah Orang Asli Negeri Selangor.

Menurut Elizabeth, melalui cara itu kerajaan negeri akan lebih mudah memahami masalah yang dihadapi Orang Asli dan berusaha meningkatkan taraf ekonomi masyarakat terbabit.

Sehingga kini, terdapat lebih 15 ribu penduduk Orang Asli di negeri Selangor dan majoritinya menetap di daerah Sepang dan Kuala Langat.

Sumber: Selangorkini online